Translate

Ujian Kursus Kenaikan pangkat KRS

Ujian Kursus Kenaikan pangkat

A. ITEM UJIAN TERAS (wajib lulus)
Ujian Bertulis :
- 60 soalan objektif
- Nota : Kandungan ujian eliputi semua silibus KRS termasuk perlembagaan, logo, lagu, kurikulum KRS, tatacara pemakaian, panggilan pangkat-pangkat, sejarah dan semua kemahiran hidup serta kenegaraan.

Ujian Kawad Kaki :
- Boleh menguasai asas kawad kaki dengan baik.
- Boleh memberi arahan dengan baik dan jelas.
- “Personal drill” yang baik.

Ujian Kecergasan :
- Larian 2.4 kilometer dalam masa 12(L), 15(P) minit.
- Bangkit tubi sebanyak 30 kali per minit.
- Tekan tubi sebanyak 20 kali per minit.
- Lentik belakang sebanyak 20 kali per minit.
- Angkat badan setara barat anggota kader tidak kurang 50 kg.

Ujian Moral :
- Markah diberi secara “impression” bagi kategori disiplin.
- Ujian pengucapan awam, pembentangan akan dijalankan dan tajuk pengucapan adalah :
i. Balasan jujur
ii. Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian
iii. Kalau cermat, tentu selamat
iv. Budi bahasa

B. Ujian Tambahan
Ujian Ketatanegaraan :
- Peserta dikehendaki untuk menyanyi lagu patriotik dan lagu KRS.
- Peserta dikehendaki untuk menerangkan prinsip rukun negara.

Ujian Ikatan dan Gajet :
- Peserta dikehendaki membina sebuah pintu gerbang pada waktu lapang.
- Peserta harus mengenal-pasti dan menunjukkan
i. Buku Sila
ii. Bunga Geti
iii. Ikatan Balak
iv. Ikatan Seraya
v. Ikatan Serong
vi. Ikatan Silang Gunting
vii. Mengemaskan Tali

Ujian Perkhemahan :
- Peserta seharusnya mengetahui dan melaksanakan
i. Etika perkhemahan
ii. Penjagaan khemah
iii. Amalan kesihatan berkhemah
iv. Mengikuti perkhemahan tersebut

Ujian Orienteering :
- Peserta diberi tanggungjawab untuk mencari “check point” dengan diberi bearing dalam sekeping kertas menggunakan kompas

Ujian Pertolongan Cemas :
- Peserta harus mengetahui
i. Membalut luka
ii. Pengendalian pengusungan
iii. Menunjukkan 5 jenis bulatan
iv. Mengenal-pasti tempat-tempat pengaliran darah
v. Menguasi 3 kaedah praktikal pemulihan pernafasan iaitu mulut ke mulut, Holgen-Nelson dan Slivester

Ujian Kebombaan :
- Menunjukkan pengetahuan tentang alat pemadam api.

Ujian Kebudayaan :
- Dikehendaki mempersembahkan persembahan dalam satu kumpulan yang berkaitan dengan kebudayaan selama 10 minit ke atas.
Ujian Khidmat Masyarakat :
- Diberi 3 tugasan untuk membersihkan sesuatu tempat.

Ujian Keusahawanan :
- Masakan rimba. Bahan dibekalkan dan peserta-peserta sepatutnya menghasilkan masakan dalam masa yang ditetapkan.

2 comments:

  1. May i know how to be participate?

    ReplyDelete
  2. boleh share soalan objektif utk ujian bertulis kursus kenaikan pangkat sarjan tkrs. Tq

    ReplyDelete